:: Serikandi Muslimah Yang Sejati :: Hatinya Akan Sentiasa Dimiliki ILAHI Dalam Memperjuangkan AGAMA ISLAM ::



Tuesday, January 20, 2009
Dia adik,sahabat dan teman karibku..

Karangan versi kanak-kanak Wink   - baca dalam pelat kanak-kanak..huhu

   Saya adalah anak ke-4 daripada 9 orang beradik..7 daripadanya perempuan dan 2 lelaki..Dalam ramai-ramai antara mereka,saya paling rapat dengan adik bawah saya.Mungkin kerana beza umur kami hanya setahun..Dari kecil kami sering bermain dan bergaduh sama-sama..Menurut cerita mak & ayh,waktu kami kecil dalam lingkungan umur 3,4 tahun...sayalah yang menjadi jurubahasa adik saya ini..Semua orang tidak faham apa yang adik saya ini ckp..Kuasa ALLAH hanya saya seorang sahaja yang faham dan akan terjemahkannya..Antara ayat yang menyebabkan orang pening kepala memahaminya ialah seperti "tade tak belatang!!!"..Sambil berlagu lagu meyebut perkataan tersebut,dengan yakin dia menjawab soalan orang yang bertanya..Apabila orang yang bertanya dah mula pusing2 kepala memahaminya,saya datang untuk menterjemahkannya..Maksud sebenarnya ialah "tangga kat belakang!!!" Macam-macam lagi ayat yang boleh memeningkan orang yang mendengarnya...

     Semakin hari kami semakin meningkat dewasa..Kami tetap rapat walau selalu juga bergaduh Tongue Pergi kemana-mana selalu bersama..Kami seperti tidak boleh berpisah..Dan kuasa ALLAH..kami telah di 'UBM' kan dengan dua orang sahabat perjuangan sekampus dengan saya dan mereka juga sahabat baik..Hebat sungguh kuasa ALLAH..Alhamdulillah..

   Tibalah satu saat yang menyedihkan apabila adik saya bertunang dahulu..Sedih kerana rasa seperti tak lama lagi saya akan kehilangan adik yang paling saya rapat.Tapi syukur kerana ALLAH itu maha penyayang..tak lama kemudian saya pula bertunang..Hubungan saya & adik makin akrab. Mungkin kerana mereka adalah sahabat yang saling mengenali,jadi tak banyak masalah antara saya dan adik kerana mereka amat memahami kami sikembar siam..

    Ada lagi saat yang menyedihkan apabila adik nak bernikah dahulu..Tapi dengan kuasa ALLAH, Alhamdulillah ALLAH juga mempercepatkan jodoh saya dan kami bernikah pada hari yang sama.. InsyaALLAH 7/2 menjadi hari paling bahagia buat kami..Persiapan pernikahan juga merapatkan lagi hubungan kami..InsyaALLAH walau masing-masing dah bernikah nanti, tapi kami bernikah dengan sahabat seperjuangan sejak dari kampus..Jadi doanya hubungan kami tetap rapat sampai keakhir hayat.amiin..

    HEBAT SUNGGUH KUASA ALLAH

CANTIK SUNGGUH PERANCANGAN ALLAH


Posted at 10:03 am by Ukhwahfillah
Make a comment  




Friday, December 19, 2008
Tips menangani anak

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak seperti dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak menggunakan tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh lace w:st="on" cuba lace cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.

" Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

Sumber : email


Posted at 09:21 am by Ukhwahfillah
Make a comment  




Tuesday, May 13, 2008
Kubur Muslim & Non-Muslim Bercampur

Assalammualaikum..

Artikel di bawah saya ambil dari sebuah blog. Gambar menujukkan suasana di sebuah kubur di Indonesia yang bercampur antara kubur Islam & bukan Islam.. Ini tidak sepatutnya terjadi..Di sana,bukan sahaja kahwin campur,tetapi kubur turut bercampur.Semoga tidak terjadi di Malaysia.So, kena BIJAK memilih pemimpin. TAKBIR!!

Ini lah yg berlaku di Indonesia (pancasila)...
Ust. ada bertanya kpd penduduk di sana, mengapa kubur org kafir & org Islam di tanam setempat?

Jawab penduduk di sana:
"....takkan lah malaikat tak tau membezakan kubur org Islam & org bukan Islam..?"

Kubur Bercampur

Kubur Campur

Sumber : http://no2umno.blogspot.com/2008_02_21_archive.html


Posted at 11:56 pm by Ukhwahfillah
Make a comment  

Alahai Cikgu

Cikgu tadika
Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir
bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
 
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
 
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
 
Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
 
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak
itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang
pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
 
 
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.
 
*moral of the story..Amin lg bijak dari cikgu..
 
Sumber : Message dari friendster

Posted at 10:46 pm by Ukhwahfillah
Make a comment  




Wednesday, April 16, 2008
Pasrah Segalanya

Assalammualaikum..


Posted at 03:17 pm by Ukhwahfillah
Comments (2)  




Sunday, January 20, 2008
Perngorbanan Seorang Ibu Demi Anak

Assalammualaikum...


Posted at 06:04 am by Ukhwahfillah
Make a comment  




Saturday, November 10, 2007
Hati suci kanak-kanak

Assalammualaikum..

Bergaduh dan bermaafan

           Rakaman dibawah ini,saya rakam selepas berakhirnya mgu peperiksaan..mereka tak belajar sebenarnya..saya bagi mereka main je sebab dah merdeka,tapi tiba-tiba mereka ajak saya belajar..huhu..bosan katanya asyik main..so susun kerusi dan ajar mereka... 

 

Danish Muntah

         Danish-seorang murid 4tahun yg comel..dan manja sangat terutama dengan abg2 6thn... Waktu rakaman dia baru lps nangis .. baru nak rakam dia menangis dia dah termuntah..Hehe..bagus betul saya ni..boleh nak rakam budak menangis..huhu..Tp danish nangis mmg comel..tu yg nak rakam sebagai kenangan bila berpisah..

 

Aksi-aksi mereka dirumah saya selepas kelas

         Rakaman bawah ni sewaktu mereka habis kelas dan tumpang dirumah saya sementara menunggu penjaga mereka jemput..Memang selalu bawa mereka balik rumah...Ramai betul anak saya...Big Smile  Di sekolah mereka anak murid,dirumah mereka anak saya..Wink

 

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sebahagian daripada 15 org anak murid saya


Posted at 07:50 am by Ukhwahfillah
Comments (4)  




Sunday, September 23, 2007
Rahsia Disebalik Jari Tunjuk

 

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Posted at 08:42 am by Ukhwahfillah
Make a comment  




Friday, August 17, 2007
Kalau Dahi Tak Cecah Sejadah.....

Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia..... .

 

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!

Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!

Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!

Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!

Dengan kain kafan yang serba putih!

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....

Walaupun orang yang hadir itu merintih....

 

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....

Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah

Dengan empat kali takbir dan satu salam

Berserta Fatihah, Selawat dan doa....

Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

 

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....

Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....

Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

 

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....

Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....

Usunglah dirimu ke tikar Solat....

Sebelum kamu diusung ke liang lahad....

Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

 

Iringilah dirimu ke masjid....

Sebelum kamu diiringi ke Pusara!

Tangisilah dosa-dosamu di dunia....

Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

 

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!

Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..

Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!

Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....

Bukan yang pergi!

 

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!

Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

 

Ingatlah di mana saja kamu berada....

Kamu tetap memijak bumi Tuhan!

Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!

Serta menikmati rezeki Tuhan!

 

Justeru bila Dia menyeru,....

Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia.....

memanggilmu buat kali yang terakhirnya!

Ingatlah kamu dahulu hanya....

setitis air yang tidak bererti!

 

Lalu menjadi segumpal darah!

Lalu menjadi seketul daging!

Lalu daging itu membaluti tulang!

Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti.....

 

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....

Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!

Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu.....

Yang lebih agung dari malaikat!

 

Lahirmu bukan untuk dunia....

Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

 

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....

Dengan penuh rela dan bersedia!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....

Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

 Ingatlah yang kekal ialah amal....

Menjadi bekal sepanjang jalan!

Menjadi teman di perjalanan.. ..

Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

 

Pada hari itu tiada berguna....

Harta, tahta dan putera....

Isteri, kad kredit dan kereta....

Kondominium, saham dan niaga....

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!


Posted at 10:27 pm by Ukhwahfillah
Make a comment  




Saturday, August 11, 2007
Perumpamaan Orang Yang Mengumpat

      Assalammualaikum shbt yg dikasihi..Dibawah ni ada sedikit paparan video perumpamaan ketika mengumpat...Na'uzubillah...Peringatan utk diri ini dan sahabat semua, InsyaALLAH


Posted at 07:22 am by Ukhwahfillah
Make a comment  




Next Page
 


|| S E R I K A N D I | M U S L I M A H ||





Serikandi
Melaka


PASTI

Logo PASTI

VISI

Melahirkan insan soleh di Malaysia
melalui pendidikan pra sekolah
sebagai elemen terpenting.

MISI

Meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran, pengurusan serta kuantiti
PASTI di Malaysia bagi menjadikan PASTI
pilihan utama kepada masyarakat yang
cintakan pendidikan Islam.

Anakku


BiSiKaN HaTi

Kanvas Cinta Ini Terlukis Wajah Muslimah
Yang Hidupnya Berkhemah
Yang Kiasan Rindunya Takkan Lemah
Walau Dihunus 1000 mehnah
Pada Hijab Rindu
Terserlah Pada Qalam
Dialah Muslimah Acuan QURAN
Bila Ombak Rindu
Mula Mengemis Rasa Kasih
Hati Terkapai Mencari Makna
Gemersik Rayuan Bagai Penawar Lara
Lalu Sejalur Nur Menerangi Memimpin Laluan
Akhirnya Kutemui Hakikat Cinta Agung
CINTA ILAHI





   





 
<< May 2013 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31




Nasyid Pilihan







MuHaSaBaH DiRi


DOA SELEPAS SOLAT

Segala puji bagi ALLAH, TUHAN pentadbir seluruh alam.
Rahmat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan kita,Nabi Muhammad S.A.W,
Yang semulia-mulia pesuruhnya dan keatas keluarga
Dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Tuhan kami, hidupkanlah kami dengan IMAN,
Matikan kami dengan IMAN,
Masukkan kami ke syurga bersama-sama IMAN,
Ampunkan segala dosa kesalahan kami dan
Dosa kesalahan ibu bapa kami,
Serta kasihanilah ibu bapa kami sebagaimana mereka
Mereka mengasihi kami sewaktu kami masih kecil.
Ampukanlah juga dosa kaum kerabat kami,
Sahabat handai kami serta seluruh
Kaum muslimin serta muslimat sekalian.
Ya ALLAH akhirkanlah umur kami dengan kesudahan yang baik
Dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami
dengan kesudahan yang buruk.
Ya ALLAH, akhirilah umur kami
dengan kalimah LA ILA HA ILLALLAH
Ya ALLAH ya Tuhan kami, janganlah kiranya
Engkau pesongkan IMAN kami
Setelah Engkau kurniakan kami petunjuk.
Anugerahkanlah kami Rahmat kerana sesungguhnya
Engkau Maha Pengurnia.
Ya ALLAH Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami,
Kebaikan dunia dan akhirat dan peliharalah kami
dari azab api neraka.
Semoga Engkau mencucuri Rahmat dan sejahtera
ke atas junjungan kami,
Nabi Muhammad SAW dan keatas seluruh keluarga
dan sahabat-sahabtnya.
Dan segala puji-puji itu hanya bagi
ALLAH tuhan pencipta seluruh ALAM



Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..

Bukan harta yang di perlukan, bukan keturunan yang menjadi keutamaan, bukan kecantikan yang di idamkan, tetapi kefasihan agama itu yang di dambakan. Itulah hikmah sekufu yang menjadi asas usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak pewaris ketauhidan Islam dalam mengESAkan Allah Yang Satu.






Hawa , biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam






:: Andai hatimu di belenggu kapayahan dan keresahan, ubatilah ia dengan membaca Kalamullah, Sesungguhnya Kalamullah adalah sebaik ubat bagi mengubati hati ::





SAHABAT, Andai diriku terlena..kejutkan daku,Andai diriku terlalai..maka tegurlah aku, Andai aku jauh dari ILAHI..marahlah aku, Andai ku tersalah... perbetulkanlah aku, Andai kusakiti hatimu, maafkan daku......
Semoga persahabatan yang di bina diredhai ALLAH...INSYAALLAH..
UKHWAHFILLAH ABADAN ABADA










UKHUWAH SEJATI

Kita ingin segalanya indah
Semurni pantai yang putih bersih
Indahnya bagai tersusun madah
Berseri ukhuwah dipupuk kasih

Kita rindukan kasih sayang
Untuk hiasi taman hati
Dalam melalui perjalanan suci
Ingin menuju arah Tuhan
Perlu tetap tujuan kita
Baru kehidupan aman berpanjangan

Demi perjuangan perlu satu hati
Tetapkan iman di dalam diri
Perintah Allah wajib dipatuhi
Sunnah Rasul perlu dicontohi
Biar keikhlasan kita berbicara
Barulah terhindar sengketa sesama





Nik Abdul Aziz B. Nik Mat
Born in 1931 at Pulau Melaka, Kota Bharu
His Father Tok Guru Haji Nik Mat B. Raja Banjar
He trained all his son and daughter about the Islamic
knowledge from early days.
Nik Aziz as the Central Ulamak Council Chief
Nik Aziz as the Kelantan�s PAS Commisioner
Tok Guru As Chief Minister of Kelantan Darulnaim





LINK




ConTaCt AnA


muslimah.islam@hotmail.com















 
Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed